Friday, July 12, 2013

Hijau - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman





Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman 

HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.





http://decoyaiza.blogspot.com/

Merah - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman





Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.



http://decoyaiza.blogspot.com/

Ungu - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman





Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman 

UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.





http://decoyaiza.blogspot.com/

Kuning - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman









Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanyaketerlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.





http://decoyaiza.blogspot.com/

Biru - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman




Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman 

BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.





http://decoyaiza.blogspot.com/

Wednesday, July 10, 2013





Design yang sangat diminati dan sesuai untuk semua dinding. Sangat menarik sekiranya digantung didinding. 

Code item: FL01
Saiz : 60cm x 60cm (3pcs)

Tempahan sila emailkan ke jamgambar@yahoo.com 
Call atau sms 019-2536422 

Friday, July 5, 2013

Hiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.
Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa” – (Ibnu Hibban)
Manakala Allah SWT berfirman:
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan” – (Surah an-Nahl : 80)
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.
Ethnic-living-room-with-statue
Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” – (Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.
Cacatkan Angota Patung
bella_living_room_350x250_14054
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad:
“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” – (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.
Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
al_01.3
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.
0085205
Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.
Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
IMG_0146
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. – (Riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

Wall Sticker Islamic



Produk sticker berbentuk kaligrafi & moden yg dikenali sebagai decal/wall picture dirumah, pejabat, masjid, kenderaan & lain-lain. Mari cuba keindahan seni rekaan ini agar kesenian islam dapat kita sanjung dalam kehidupan seharian kita... 





Untuk lebih lanjut boleh klik di sini >>> http://decoyaiza.blogspot.com/p/islamic-wall-art.html

Monday, July 1, 2013

Jam Dinding Bergambar

Baru renovate rumah atau baru berpindah ke rumah baru. Masih tercari-cari hiasan apa hendak diletakkan pada dinding rumah yang kosong..

Jam dinding ini menggunakan gambar dengan resolusi tinggi bagi memberi gambaran yang realistik pada setiap dekorasi yang terhasil dengan tapaknya diperbuat dari kayu berkepadatan tinggi dan menggunakan kertas foto berkualiti tinggi.




Friday, February 8, 2013

Tips Mengemas Dapur: 5 Minit 15 Saat Setiap Hari



Sentiasa mulakan aktiviti dengan membasuh pinggan terlebih dahulu. Setelah selesai, sental sinki kerana sinki yang bersih bersinar akan menjadi penanda aras untuk anda membersihkan bahagian lain pula yang pastinya akan memperlihatkan kebersihan dan kekemasan. Melihatkan sinki yang bersih, pasti anda tidak sampai hati untuk meletakkan pinggan yang kotor tanpa membasuhnya terus. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Bersihkan sinki selepas membasuh pinggan mangkuk. Sekiranya anda mempunyai mesin basuh pinggan (dishwasher), lakukan aktiviti membersih secara serentak (1 minit).
  • Kemudian bersihkan bahagian atas dapur masak. (1 minit)
  • Bersihkan pula permukaan kaunter dapur (1 minit).
  • Akhir sekali, sapu lantai atau gunakan penyedut hampagas. (2 minit).
  • Mop lantai jika mahu. (15 saat)